Hey it relaxs me a lot!

https://www.youtube.com/watch?v=0NqKkU6gmEw&feature=youtube_gdata_player

Hey this music background of pet rescue by saga soothes me a lot. I'm listening to this music while studying.

Physiology,pharmacology,anatomy,biochemistry are just a huge box of gift to me to study tonight. guess I can't finished all the lecture notes but like smart people do, study smart !!

kiki. but still I can't figure out on how to study smart in medical. from what I know is to study DAMN HARD . like power degree of my spec already increase.....
going to be specky girl,wife and doctor one dayyyy . NOOOOO pleasee.
is it really I'm books nerdy or movies nerdy that makes me having 4eyes. 2of them framed.

emm ;( . my deepest condolense to MH370 passengers n their families,lets duas for them.

#prayformh370


Thanks for Lending Your Sweet Eyes!

Kadang-kadang rasa nak maintain blogging

Assalamualaikum


Kadang-kadang rasa nak maintain blogging, kadang-kadang rasa tak ada masa . Peliknya manusia kan , cepat berubah fikiran , cepat berputus asa jika tanpa azam yang bersungguh-sungguh dan push dari orang-orang sekeliling .
Eh , tapi aku bukan lah golongan yang cepat berputus asa , cuma aku dapat merasakan aku adalah golongan yang cepat terpengaruh dan berubah fikiran . uiss uisss  ,.. tak bagus tak bagus . tapi kdang - kadang aku rasa berubah fikiran itu perlu , kerana itu tandanya tidak degil dan mampu membuat keputusan yang tepat .

Eceh . pendahuluan dah macam sasterawan gitu. 
sasterawan yg diiktiraf oleh diri sendiri jelah yeee. hihi 

k actually this post terpublish sebab nak test blogging pakai fon. but alang-alang dah terpost kite edit macam2 ye..

Sebab-sebab kenapa lupa dunia blogger.

1.♣ Mungkin hilang rasa terhibur di situ
2. ♣ Mungkin hilang keabraban di sini
3. ♣ Mungkin hilang ketelusan di sana

hihi. bajet sastera girl lagi. ^______^

sebenarnya reason yang validnye tak lain tak bukan sebab sibuk. atau omputihnya busy. (eleh takyah translate la semua orang tahu hokayyy) 

k takyah bajet busy sangat .menteri pon ada blog. satu lagi sebab yang paling Valid adalah .........


jeng jeng jeng

MALAS ~~~
huihuii. 
kalau ada masa lapang,mestilah berjimba dengan kawan,gelak2. kalau x,layan movie nangis2 sikit. atauuuuu.. duduk diam main candy crush . 

hehee. k tp skrg mmg busy taw. sebabnye dah nak end of module. which is, currently tengah module CVS cardiovascular sistem. 

nak belajar tak pasal vessel yang paling penting dalam badan kita? iaitu JANTUNG

Kalau nak meh sini nak citer satu2,mesti hypertension lepas dengar.hahaha

tak dapat dinafikan,walaupun kitorang belajar mostly pasal kesihatan,tp lifestyle tu tak semestinya kitorang akan follow sesatu . 


amek contoh paling dekat, we know that when we're playing candy crush,we've waste our time. but what to do. otokeeee. ~ we just like it. 


sama la macam kita tahu minyak has high cholesterol. but we still mkn makanan berminyak buat tahu je. 

makanan nak masin. air nak manis.
nikmat yang akhirnya sebabkan kaki dipotong


what a lifestyle
k terpesongg... maappppp

sambung balik....

sebab yang ketiga,takde mende yang menarik nak dikongsi

4. Amek masa yang lama nak taip
5.Ada ke orang bace. ni most minor.(jaga hati sendiri)

♥♥♥Sebab-sebab kenapa rasa nak mantain blogging♥♥♥

Thanks for Lending Your Sweet Eyes!

Temuduga Degree Medic ke Ireland ~


Ireland in Winter

Dublin , Ireland


Ireland in Summer





Ireland in Autumn
Assalamualaikum

Tukar selera background blog ;') bosan sangat dah dengan design berapa kurun ni. I want something new !!!



**********************************

Maap tetiba nak lepas geram.sakit mata asek pink je blog aku ni berapa tahun dah :p
Tadi aku saja suka-suka buka halaman Tips & Tricks blog sendiri .Terasa ingin mengupdate info-info untuk keselesaan dan keseronokan pembaca.Tiba ternampak my education punya section. dan terdetik, terasa,teringin nak baca balik babak-babak kejayaan yang lepas. hehe. dan lepas aku buka satu-satu entri,dalam hati aku "Ya Allah,aku dah lupa dah kot apa yang aku ditawarkan,apa yang aku ingin menawarkan diri"

.Makanya entri ni adalah entri untuk aku mengimbas kembali zaman kegemilangan dahulu.supaya aku tak lupa and boleh baca balik.. hihi .

untuk bacaan sendiri je di masa akan datang. buka untuk menbanggakan diri mahupun meng-upkan diri.jauh sekali.


Kalau korang ikut kisah belajar aku dulu,part last yang aku stop adalah United Kingdom or Ireland.(harapan bapak menggunung setinggi Gunung Everest)

Aku ditemu duga di Pulau Pinang,balik pulau di bangunan Mara..Bangunan Mara tu tinggi jugak dan temuduga aku di tingkat 3 atau 5 tak ingat dah. Temuduga duga sesi petang bermula pada pukul 3 so aku dan family bergerak pada awal pagi dari rumah di Kedah.

abaikan habuk-habuk,baru selongkar dalam almari,hekeke
persediaanku lengkap dari kepala sampai kaki.
pemakaian ku pada hari itu semuanya lama..kecuali sepasang kasut lacey bertumit 2cm.
merah  pedih belakang kakiku dek memakai kasut baru .(sakit baq hang). namun tahan sahaja.
 

Sebelum aku menghadirkan diri di tempat temuduga,pastilah menjadi adat bakal interviewee untuk melakukan sedikit kaji selidik.
Bertuahnya aku kerana Aku mendapat soalan bocor dari seorang kawan sekolah lama ku .
Namun aku diingatkan ,agar tidak bergantung kepada soalan tersebut kerana katanya, soalan itu tidak akan berulang .
Sama sekali TIDAK!

 jadi...

HARUSLAH AKU ABAIKAN ! :')

Semasa temuduga, satu situasi diberi di dalam kertas soalan dan perlu dibincangkan  di dalam temuduga tersebut. Oleh sebab temuduga MARA  ini adalah  temuduga berkumpulan.,maka, seseorang atau dua tiga orang harus dominate perbincangan tersebut untuk berjaya.         in English.

Satu kumpulan 8 orang.

Hanya 4 orang akan layak ke Ireland.

Lub dup lub dup, aku punya heartbeat dah tachycardia..

Dan perbincangan pon bermula.

Aku tidak sabar lagi untuk membaca apakah situasi yang diberi.
Luruh jantungku kebawah , rupanya soalan itu sebijik dengan soalan yang dibocorkan oleh kawan lamaku itu ..

******************

Dengan kadar segera,seorang pelajar mengangkat tangan dan memilih jawatan perdana menteri diikuti seorang lagi memilih sebagai ketua bank negara. sseorang demi seorang.dan kenyataannya aku menjadi orang yang kedua terakhir untuk memilih jawatan/watak.

aku tiada idea.

aku gelabah.

hanya dua jawatan sahaja lagi .

kelihatan seorang ahli lagi pon sedang keliru dan gelabah
dan aku mengambil keputusan untuk memegang watak sebagai rozita che wan.

dan aku harus memberi sebab musabab mengapa aku ingin perlu mengekalkan rozita che wan di dalam hot air ballon tersebut.

Aku sedar di dalam perbincangan itu aku kalah , tumpas dimamah bumi.
Aku melutut kesedihan,sedih dengan perbicaraanku dalam English .
Aku pasrah dengan sikapku yang tidak mengambil berat dengan sesuatu perkara .

Namun begitu,

Aku menaruh seribu harapan untuk ke luar negara iaitu Ireland

aku berasa lebih tenang kerana ayah aku mempunyai kenalan dengan pihak pengurusan.

aku leka namun yakin aku boleh ke sana :D



I.R.E.L.A.N.D .. muah~
gambar besar gedabak macam orangnya ^^,


Thanks for Lending Your Sweet Eyes!

Entry FlashBack : Cosmoderm Shining up My Day!

Assalamualaikum .
Asal log in nuffnang je mesti terdetik nak buat entry pasal Cosmoderm , ini kerana cosmoderm adalah keyword yang agak tinggi menyumbang trafik ke blog ini ..


Makanyaa , disini Anis nak cerita balik macam mana Anis boleh terjebak dalam dunia Cosmo cosmo cosmoderm .^_^

*maaf penggunaan aku*

Nak dijadikan cerita, Mula-mula waktu aku jadi jurucakap Cosmoderm masih lagi muda. Rasanya adalah antara yang termuda . sebab masa tu baru habis SPM . Result pon belom dapat . Tup tup dipilih menjadi jurucakap Cosmoderm .


Dengan eksaitednya ,
Aku menjadi jurucakap Cosmoderm selama sebulan (seperti didalam kontrak)
Dan rewardnya atau gajinya , aku mendapat RM300 cash dan RM350 produk Cosmoderm.
Rezeki Allah tu maha besar kan ?

FYI, Aku, lepas SPM goyang kaki jee duduk rumah ngasuh adik , ayah tak bagi kerja part time n aku malas mintak :p

COSMODERM PRODUCTS WORTH RM350 inside ~ ~


Tak ingat dah macam mana boleh kenal Cosmoderm , tapi kalau tak silap , semuanya bermula dari blog. Aku ada terbaca entry seorang blogger and she said boleh ask for sample kalau nak , .

Zaman remeja tu , biasalahkan macam -macam berminat . Semua nak cuba .
So dengan kadar segera , aku terus roger-roger dengan pihak Cosmoderm dan aku mendapat satu set produk Cosmoderm for Oily Skin .



Disebabkan kulit aku ni nak jadi salah satu testimoni cosmoderm, so jerawat memang suka sangat bertapak waktu tu terutama sekali di bahagian dahi .
Aku mengambil langkah gentir untuk mencuba produk Cosmoderm ni , betul ke produk Malaysia ni bagus ?

Hari-hari pakai tak miss okay , and the result ......    puas hati . 
Kalau kulit muka anda jenis kering , sure lembab tiap-tiap pasni.
Kalau kulit muka berjerawat , insyallah beransur-ansur akan hilang .

model sementara Cosmoderm. Aku lantik diri sendiri. :P



Dalam beberapa hari lepas tu,
Tak tahu la macam mana , kenapa , bila , ... tetiba aku dapat email dari Cosmoderm,.
Pihak mereka melamar diri aku yang mentah lagi tak tahu pape. (merendah diri kejap,even dah memang rendah)
Dalam email tu siap diattach contract lagi .. perlu sains, pastu scan,pastu hantar kepada mereka semula.


Alah !!

 Mcam mana ni , tak reti nak scan . Noob kan ? ngeee
Selepas aku menceritakan masalah aku yang tak reti scan tu , aku mintak .. untuk hantar borang yang aku dah sains tu melalui gambar sahaja ,dan pihak Cosmoderm setuju . yeay

Lepas sains contract je , terus aku gigih hari-hari update .
Takde la hari-hari tapi sekerap and seperam yang mungkin sebab nak pasti setiap entri ada trafik.
Cuma nak Orang baca and orang tahu pasal produk Cosmoderm nih ! Lagipun masa tu produk ni masih baby ..

Contract ni mudah je taw , seminggu at least kena buat dua entri pasal produk Cosmoderm.
 Tapi tak tahu la syaitan ke iblis hasut aku sampai nak update blog malas gila .
Somehow,aku berjaya paksa diri aku untuk TAIP AND PUBLISH ENTRY !!!!!



Banyak gila aku dapat dalam kotak RM350 worth tu taw . sampaikan aku guna , aku buat giveaway,aku bagi mak aku pakai, tak habis-habis lagiiii tawww ..Sapa nak angkat tangan pleasseeeee ...huhu ..

Sampaikan mak i oll sekarang ni asek cakap , pakai pencuci muka cosmoderm ni  kulit tak berjerawat .
Berkali-kali dia ulang , maybe nak suruh beli lagi satu untuk dia kot . hihi

Good News for Jerawat Residents , Cosmoderm is the best choice you can ever made .

Well done Cosmoderm . Trusted brand for Sensitive Skin , ! Bab harga tak ada lah mahal , mampu milik :D

Makanya,jika anda mengalami masalah kulit , sama ada sensitif, berminyak, kering mahupun berjerawat ,cubalah Cosmoderm. (gaya cakap dalam TV3)

**Sebelum beli produk ni , u oll boleh tanya dan rujuk pakar mereka di facebook dahulu :D***

Terima kasih sudi baca ^__^"

Thanks for Lending Your Sweet Eyes!