Adakah korang kaki Instagram, pencinta sejarah, peminat seni bina bangunan Islam?
Istanbul adalah salah satu kota yang agak lama yang menjadi titik pertembungan antara Eropah dan Asia dan ia mempunyai seni bina bangunan yang amat mengagumkan. Terletak di tangga yang ke-9 sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia pada tahun 2018, mengalahkan Bali dan Osaka, percutian ke Istanbul tidak patut ditangguh-tangguhkan lagi!
Sebelum melawat bandaraya yang kaya dengan sejarahnya ini, korang boleh memaksimakan kepuasan penerokaan kota ini dengan mengetahui sedikit-sebanyak fakta sejarah dan info penting tentang lokasi yang ingin dilawati, barulah dapat feel kan?
Selain tu korang kena cari options yang ada flights to Istanbul supaya korang dapat offer yang bagus.
Perkara paling menyeronokkan untuk dibuat semasa melancong selain daripada berjalan dan makan adalah bershopping. Apatah lagi kalau dapat bershopping di dalam sebuah tempat yang memiliki keistimewaan tersendiri.
Kalau di Istanbul, salah satu tempat menarik di Istanbul untuk membeli-belah adalah The Grand Bazaar. Yang menariknya tentang pasar ini adalah kerana ianya telah wujud sejak tahun 1461 lagi! Sangatlah tua! Di dalamnya terdapat sehingga 5,000 buah kedai yang menjual bermacam barangan seperti permaidani, perhiasan, rempah-ratus, seramik hasil tangan dan sebagainya! Bagi pengumpul barang antik, The Grand Bazaar adalah syurga membeli-belah korang!
Ditubuhkan pada tahun 1891, Muzium Arkeologi Istanbul adalah muzium yang paling awal dibina di negara Turki. Untuk pengetahuan korang, kompleks muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian muzium berbeza iaitu Muzium Timur Purba, Muzium Arkeologi dan Pavilion Berjubin Sultan Mehmet.
Selain 3 muzium ini, terdapat satu lagi ruang pameran lain yang dinamakan “Istanbul Through the Ages” yang sangat menarik untuk dilihat sekiranya korang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah Istanbul. Ingin lebih sebab untuk datang ke sini? Daripada kesemua 1 juta bahan pemeran yang ada di sini, salah satunya adalah keranda Alexander the Great.
Berlokasi di belakang Bazaar Arasta, Museum of Great Palace Mosaics adalah salah satu khazanah tersembunyi yang terdapat di dalam kota lama bersejarah Istanbul dan merupakan sebahagian daripada istana empayar pada suatu ketika dulu. Muzium mosaik ini walaupun bersaiz kecil, tapi di dalamnya sangat padat dengan pelbagai koleksi mosaik klasik meliputi era Byzantium sehinggalah abad ke-5. Lukisan-lukisan yang dapat dilihat pada mosaik ini dikatakan menggambarkan kehidupan zaman Roman. Yang menariknya, kebanyakan mosaik ini masih mengekalkan warna-warni asal mereka walaupun telah menempuh pelbagai era berbeza. Masa yang diperuntukkan untuk habis melihat kesemua koleksi mosaik yang terdapat di sini adalah dalam sekitar 15 ke 30 minit.
Jangan keliru pula, Little Aya Sofya dan Hagia Sofia adalah dua tarikan berbeza tau! Terletak di dalam daerah Cankurtaran dan Kadırga, bangunan dengan nama Turkinya “Küçük Aya Sofya”, adalah sebuah bangunan yang pada asalnya dibina sebagai sebuah gereja ketika zaman pemerintahan Byzantine Justinian pada tahun 530. Fungsi gereja ini kemudiannya bertukar sebagai sebuah masjid oleh Bayezid II selepas penaklukan kota Istanbul oleh pihak Uthmaniyyah. Mulai dari ketika itu, bangunan gereja ini diubahsuai dengan pertambahan madrasah. Korang boleh ke Traveloka untuk cek Singapore Airlines online booking supaya senang korang nak book nanti.
Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang berpegang teguh kepada Islam sebelum kejatuhannya. Setelah lebih daripada 600 tahun di bawah pemerintahan empayar ini, sudah semestinya budaya Islam terserap dengan meluas di dalam hasil kesenian Turki.
Untuk melihat pengaruh Islam ini, korang boleh melawat ke Muzium Kesenian Turki dan Islamik yang terletak di dalam bangunan yang dahulunya merupakan kediaman kepada Pargalı Ibrahim Pasha, menteri agung ketika zaman pemerintahan Sultan Suleyman. Di dalamnya terdapat galeri Islamik yang mempamerkan pelbagai karya kaligrafi, karya abstrak, karya lukisan kontemporari, permaidani Turki yang indah dan banyak lagi!
Dibina antara tahun 1609 ke 1616, Masjid Biru mendapat namanya daripada dekorasi dalamannya yang menggunakan beribu jubin Iznik. Keseluruhan pelusuk masjid ini, daripada seni binanya hinggalah kepada sentuhan dalamannya yang memiliki warna yang menyerlah, menjadikan Masjid Biru sebagai salah satu pencapaian tertinggi dalam seni bina Uthmaniyyah. Masjid ini kini, masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadah umat Islam.
Apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini.
Inilah saja info atau fakta sedikit sebanyak mengenai Istanbul. Harap-harap satu hari nanti aku ada rezeki ke sana. aminnnn.
Terima kasih sudi baca :D
8 comments
Hi to every one, as I am really keen of reading this website's post to be updated daily.
ReplyDeleteIt contains good data.
Hi there, You have done a great job. I'll certainly digg it
ReplyDeleteand personally recommend to my friends. I'm confident
they'll be benefited from this site.
It is not my first time to go to see this web site, i am visiting this web site dailly and take good
ReplyDeletefacts from here every day.
I am extremely impressed with your writing talents as smartly as with the structure on your weblog.
ReplyDeleteIs that this a paid theme or did you customize it your self?
Anyway keep up the nice quality writing, it is uncommon to see a nice weblog like this one nowadays..
When someone writes an article he/she maintains the thought of a user in his/her brain that how a
ReplyDeleteuser can know it. So that's why this post is perfect.
Thanks!
My brother suggested I would possibly like this web
ReplyDeletesite. He used to be totally right. This publish truly made my day.
You can not consider simply how much time I had spent for this information! Thank you!
Hello, I think your site might be having browser compatibility issues.
ReplyDeleteWhen I look at your blog site in Safari, it looks fine but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, awesome blog!
I have read so many posts regarding the blogger lovers
ReplyDeletebut this paragraph is really a nice paragraph, keep it up.