Assalamualaikum.
Akhirnya, tibalah masanya untuk slot travel di blog hambar ni.
Kaknis ni dah setahun belajar tanpa gaji dan cuti , sempena cuti akhir tahun kali ni , kaknis teringin lah nak berjalan jalan. Hmm kaknis pun tak tahu kenapa bahasa kan diri akak. Rasa macam dah besar sikit dah kot.
Dah lama sebenarnya simpan niat ke Krabi ni , sebelum ni rancang dengan family. Kononnya kitorang nak drive atau naik train ke sana. Rancang punya rancang , bukan main lama, akhirnya aku meminta izin gerak dululah ye ke sana. Lepas ni kalau family nak pergi pun , aku nak join juga. Ala tempat yang sama tapi dengan orang yang berlainan , boleh kan kan?
TIKET
Kitorang booked tiket ke Krabi ni lebih kurang 1 bulan sebelum perjalanan. Harga tiket memang aum, tapi tak tahu lah kalau kalau uoll boleh dapat lagi murah. Tiket AirAsia ke Krabi berharga RM194 pergi dan balik beg 7kg. Kitorang ambil tiket pukul 7 pagi sebab time ni tiket paling murah berbanding pukul 2 petang dan seterusnya . Jadi , aku kan dari kedah, aku gerak malam sebelumnya dari Alor Star dan bermalam di airport sahaja, senang sikit ha . Pukul 5.45 pagi dah nak masuk dalam gate dah.
Ioll tidur dalam surau tingkat 4 sebab besar dan paling penting sekali sebab free. Lagi pun ramai je gegurl yang tido tepi tepi dinding situ. So don't worry lah , cuma jaga barang dan bawa stokin tebal-tebal.
Harga tiket dari Alor Star pula better beli awal-awal ea ,jangan gedik nak tunggu promo. kalau boleh dapat RM100 pergi balik , beli ja terus.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. tak sempat pun nak buat apa-apa sebab flight aku sampai 30 minit awal. Tapi dalam flight tu , anak kapal akan kasi korang satu slip untuk masuk dalam negara thailand. Kira macam nak declare kenapa datang thai, nak buat situ dan sebagainya. Kalau pergi berkumpulan tu , bawaklah pen sorang , sebab dorang kasi kertas je kat kita, pandai pandai lah hang sendiri nak tulis pakai apa nah. Harap pen dekat imigresen, habis dakwat pulok.
PAKEJ PULAU + AKTIVITI
Sampai sahaja di airport Thailand, macam biasa lah kena beratur untuk urusan imigresen. Sekejap je
Dalam perjalanan nak keluar airport ni la kitorang jumpa dengan agen pakej ni .
Akak ni boleh cakap BM, senang nak nego. Selepas berbincang, kitorang setuju la untuk ambil pakej di bawah.
[PAKEJ]
Day 1- Hot Spring Waterfall + Emerald pool + Elephant trekking + Tiger Cave Temple +night market Transport
Baht : 500+800
Day 2 - Phi Phi Islands Tour
Baht : 1300
Day 3 - Hong Islands Tour
Baht : 800
Day 4 - Balik
Jumlah: 3400 baht
Pakej adalah termasuk makanan tengah hari dan transport ke destinasi. Harga tidak sama seperti dalam catalog.
Lepas selesai semua ni, baru gerak untuk sarapan pagi dekat warung Sulaiman. Jalan kaki je sebab betul betul di luar airport.
Habis sahaja makan, van pakej dah tunggu untuk gerak ke destinasi Day 1.
So we started the day with
Hot Spring Memang panas air dia, nama pun hot spring kan. Perak sikit sebab ni first time pergi kolam air panas yang semula jadi. Boleh mandi , tapi we all rendam kaki sahaja sebab lepas tu jalan jalan ambil gambar :)
Emerald Pool Kolam ni subhanallah , cantik sangat ! Time kitorang pergi tu hujan , lagi best sebenarnya tapi disebabkan tak bawa baju , so tak mandi pun tapi boleh mandi tau.
Lunch di restaurant berdekatan.
Tiger Cave Temple Ambil sekeping sahaja gambar sebab semua dah penat dan malas nak melawat. Kitorang memang tidur nyenyak gila dalam van tu.
Elephant Trekking Last destination for the day, baby elephant show sangat menghiburkan hati . Walaupun rasa kasihan tapi anak gajah ni memang pandai. Lepas tengok show ni dalam 20 minit, baru tunggang bapak gajah pula selama 30-40 minit.
Semua aktiviti ni habis kira kira jam 4.30 petang . Then dorang bawak kami pergi ke hotel masing masing untuk check in dan berehat
PENGINAPAN
Kami book hotel ni beberapa hari sebelum datang sini. Kami stay di Hotel GoodWill dan sangat dekat dengan Aonang Beach. Jalan kaki 10 minit. Hotel ni juga atas recommendation blogger lain dan harga sememangnya murah berbanding hotel lain yang kami cari.
Harga yang kami dapat time tu RM68 semalam untuk satu bilik . Satu bilik hanya boleh 2 orang dan dilengkapi dengan wifi yang laju, tv,aircond,hair dryer,peti ais,bath tub, semua lengkap lah ! Satu je yang kurang , iron ! Darurat sangat kitorang pakai hair dryer je nak hilangkan kedut kasar di baju.
Malam Day 1 pergi Night Market (dibuka pada hari jumaat-ahad 6.30pm -9.30pm)
Pasar malam yang paling heaven dengan seafood. Hampir semua makanan kami try. Memang tak lupa dengan pancake nutella dan pulut mangga. Cakap pasal pulut mangga dia , ohmai ohmai my most favourite among all ! Seriously sedap gila, makan pulut dengan spicy lemon squid salad, selang seli la dengan pulut mangga ni sebab manis.
Barang comel comel pun banyak dijual ! Murah murah jugak . kalau modal banyak bolehl la borong lagi banyak !
kaknis candid angat , lol |
Kalau korang perasan, kitorang pergi for island hopping selama 2 hari. Sebenarnya kalau korang nak pergi satu hari je untuk island hopping pun dah cukup, jimatlah kos sikit. Lagi pun satu hari tu bukan dia bawa satu pulau je. Macam - macam pulau dia bawa. Korang boleh refer catalog yang aku selitkan dekat atas . Kitorang saja nak try 2 hari lagipun trip kitorang selama 4 hari 3 malam. kalau tak ambil dua hari krik krik pulak nanti!
Harap - harap entri ni membantu untuk korang yang mencari destinasi percutian bajet.
Jumlah perbelanjaan : RM194(tiket) + RM126(hotel) + RM400(pakej includes 2days island hopping+lunch) + RM250(shopping+massage+makan) =RM970
Trip 3 hari 2 malam with 1 day island hopping may cost cheaper:
RM194(tiket) + RM90(hotel) + RM300(pakej+1days island hopping+lunch) + RM250(shopping+massage+makan) =RM834 .
So plan your trip well ! Good Luck
Trip 3 hari 2 malam with 1 day island hopping may cost cheaper:
RM194(tiket) + RM90(hotel) + RM300(pakej+1days island hopping+lunch) + RM250(shopping+massage+makan) =RM834 .
So plan your trip well ! Good Luck
27 comments
bestnya island hoppingg,tenang je view :D
ReplyDeletebest ! lagi pun cantik cantik pulau di Krabi ni.
DeleteBestnya. dah lama teringin nak pergi krabi tapi belum ada kesempatan. heheh
ReplyDeletesama la macam anis seblum ni , tapi dah alang alang ada cuti kan . terus book pergi
Deletebestnyaaaa. boleh jadi rujukan kalau satu hari nanti nak pergi krabi :D
ReplyDeleteinsyallah bv . hopefully berguna hehe
DeleteNak plan jugalahhhh
ReplyDeleteplan plan ! walaupun hari tu anis pergi tak plan pun sebenarnya hehee
Deletebest tgk :)
ReplyDeletesaya haritu pergi sana duk aonang, pergi phi phi island je..huhu..tu la kalau pergi tak plan awal2.. T_T
sama sama anis pun duk dekat aonang. phi phi the best aite ?
DeleteSuch an amazing place to visit. Syaza dah lama betul tak pergi pulau ni. Hehe
ReplyDeletebetul syaza ! i love krabi so much . island dia mmg sgt cantik . pergi la !
Deletewah thanks for the tips, dalam perancangan nak pergi Krabi juga ni dengan member. This helps a lot!
ReplyDeleteyou're welcome aaronn . this makes me so happy . enjoy krabi !
Deleteamboi besnyee pergi Krabi!.. Nak pii juga. Emerald pool tu cantikknya dalam gambar <3
ReplyDeletebest ! and anis rasa nak pergi lagi sekali.
DeleteEeee dah lama teringin nak pergi Krabi, thank you for the tips. Dah kena start menabung ni!
ReplyDeletepergi la Fatin ! insyallah boleh bajet2 . best pulak tuu
DeleteHello,may i know the nite market u pegi kt krabi town le?
DeleteBoleh saya tau,night market tu kt krabi town ke?
ReplyDeleteAda no agent yg dkt airport tu x?
ReplyDeleteTeringin nak ke Krabi. Island hopping tu dia bawa ke pulau mana?
ReplyDeletePakej tu amek kat airport ke?
ReplyDeleteSalam.. kat mana nak dapatkan pakej ini.. Elephant Trekking. Ada number contact.. Tq
ReplyDeletePakai simkad apa kat sana?
ReplyDeleteAkak dalam gambar tu memang terbaik servis dia & tq share itinerary. :D
ReplyDeletesalam, takda pergi Island Hopping ke? last time saya join trip Krabi dapat pakej island hopping, termasuk scuba diving. Best!
ReplyDelete