x Travel Bajet dan Tips: Makassar Indonesia Part 1 | Anys NADHILAH

Travel Bajet dan Tips: Makassar Indonesia Part 1

August 22, 2015



Assalamualaikum semua . Akhirnya , dapat jugak cari masa untuk menulis entri di blog. asal macam poyo ja pembukaan entri ni. Sudah lama kot aku simpan niat nak menulis blog pasal travel.Macam jeles berbakul bakul je bila tengok blog orang lain cerita pasal dorang melancong. hmm? nak kata aku tak pernah melancong , banyak jugak la tempat yang aku pernah pergi... tapi.. aku tak buat entri pon ler . sebab apa ???

sebabnya mudah ja ..sebab aku malasssss. gene malas ni aku tak tahu aku dapat daripada mana. kadang kadang boleh jadi extra rajin. kadang kadang , ya allah , nak bergerak seinci dari tempat tidur pun susah. weheeeee. biasalah tu , remaja baya baya aku ni , baru nak besar lah katakan (21 dah kak oi).. ok dah terbabas..pembukaan panjang , penutup mesti pendek .. percaya lah ! haha. 

ok dah . let's proceed pasal travel. Nak cerita dari mana dulu ya ? aku ingat entri kali ni bukan je aku nak cerita pasal feeling aku yang tak sudah sudah excited tapi at the same time aku nak memberi manfaat kepada pembaca pembaca blog aku yang simpan niat nak ke Indonesia juga. so aku happy , korang pun happy.. kan best macam tu.. hehe

  1. ok passport ni , saat saat akhir baru lah aku pergi renew tau. passport aku yang lama, dah expired jadi kena la topup baru. aku ingat nak topup dua tahun je.. sebab seingat aku, dua tahun hanya RM100. Murah sikit sebab aku memang nak travel bajet je. aku pergi buat UTC sebab cepat sikit(1 jam siap)  dan mudah. Bila dah siap ambil gambar kat pejabat semua, aku macam tertanya-tanya, kenapa officer tu tak tanya aku pun nak yang dua tahun atau lima tahun , rupa rupanya plan yang dua tahun dah tak ada !! lima tahun ja which costs RM200. Fuhh, nasib ada duit lebih tau time tu.. so korang yang baru nak buat passport ke apa, make sure bawak RM200 ye. Buku passport kena jaga elok elok sebab dekat airport KLIA2, buku passport kita akan di scan je oleh mesin, and then dia akan scan cap ibu jari kita sekali.p/s aku tak bawak gambar passport pun masa pergi renew sebab dorang ambil gambar kat sana.

2.   Aku ke Indonesia naik plane AirAsia. Aku rasa semua orang tahu yang tiket Air Asia murah dengan konsep mereka tu ''everyone can fly''. Betul tu . cuma korang kena pandai cari tiket murah dan masa yang sesuai dengan jadual korang la kan . Tips nak dapat tiket murah senang je, selalu cek website and book awal. Makin lewat makin mahal tau tiket.. Macam aku sendiri la.. Saja dok delay bagi lambat lambat, last sekali check, tudia naik sampai dekat rm100 jugak la dari harga asal.. Terkejut beruk, menyesal  tak ada guna, last last aku tak ambil insurance rm25 air asia pergi dan balik. Nak jimat punya pasal, kena la ambik risiko. Tssk tsk.. Nasib baik tak jadi apa apa dan bagasi semua selamat sampai di telapak tangan. Insurance tu penting , in case bagasi korang terhantar ke London ka, korang akan dapat balik tanpa sebarang cas. Kalau tak ambil, at your own risk ! :D

Alang alang cakap pasal tiket, total semua yang aku spend adalah RM500. RM400 untuk tiket pergi dan balik Makassar- KLIA2 , KLIA2-Makassar dan RM100 untuk pergi dan balik Alor Star-KLIA2, KLIA2-Alor Star. Kalau book awal-awal, harga of course lagi murah.About RM359 pergi dan balik ke Makassar ni. So plan your trip well okay, mark dekat kalendar bila korang cuti dan bila korang rancang nak travel, and then berdoa ja supaya semuanya berjalan dengan lancar.
p/s trip balik dari Makassar dan dari KLIA2 ke Kedah aku add baggage sebanyak 25kg . Sebab shopping kan banyak hihi. Harga dari Makassar-KLIA2 RM60, KLIA2-Kedah RM40. Tapi share dengan kawan, so bayar seorang RM50 laa. Masa pergi aku tak add baggage pun , so limit berat carry on bagasi kita hanyalah 7kg, pandai-pandai la pilih baju yang terbaik untuk pakai kat sana. 



3.     Money changer. Benda ni pun aku masih baru. Kebetulan hari aku keluar jalan jalan dengan my sister , she said that she nak tukar duit siam yang dia ada. So aku fikir, why not untuk tukar je terus sekali. So bila dah sampai Indonesia nanti aku takyah pening pening nak cari money exchanger. Tips aku , kalau korang ada masa , korang survey la dulu harga kat every money changer you could find. Sebab every of them has different price tau . Aku tukar RM292 dengan 1 juta rupiah. tapi harga yang aku tengok kat airport KLIA2, you olls kena bayar RM325 untuk dapat 1 juta rupiah, which is insanely expensive! So cari betul-betul ye, atau pun google je recommended money changer berdekatan dengan tempat korang. Harga kita beli dan jual duit negara orang tak sama ya. Contohnya, yang aku tukar ni, dorang jual RM292= 1 juta. tapi kalau dorang nak beli 1 juta  dari aku , dorang hanya ambil RM282. which means kita rugi RM10. 

Berapa aku tukar? ---> RM1000. Ada la balance berapa puluh lagi, sebab shopping sakan sangat. Kalau korang tak plan shopping,  kurang RM1000 untuk 6hari 5malam dah sangat sangat cukup rasanya .. Lagi ramai korang pergi, lagi banyak benda boleh kongsi. Sharing is caring

 P/S aku tukar di Money Changer Tesco Mergong,Alor Star

Exchange money terpulang tapi kalau percutian bajet RM300-400 pun dah cukup, ini serius.
Jadi kalau korang sudah mempunyai passport , jumlah perbelanjaan hanyalah


Total Bajet : RM500(tiket pergi balik alor star-kl-makassar) + RM400 (perbelanjaan di Makassar) = RM900

        Total money spent = RM500(tiket pergi balik) + RM200 (5 years passport validity) +                                  RM1000(exchange money) = RM1700

Baca sini untuk detail perbelanjaan di Makassar.
Aku tukar RM1000 include shopping untuk sedara mara sekali tapi tu pon berlebihan, kawan siap boleh pinjam duit lagi tau hehe 
*********************************************************************************

 Day 1: Departure & Arrival to Makassar Airport
eee asal mok mok sangat aku dalam gambar ni ;p
naik flight agak petang dan sampai sana hampir magrib ;)
my partner of the week

keep hydrated in plane ya

jaga jaga, kalau memory sikit , this will help you a lot

baca magazine dalam flight

isi borang borang di airport indon


gambar hari ke dua di Makassar
So hari ni adalah hari pertama di kota makassar! Aku eksaited banget deh ! Ini karena aku tidak menyangka aku udah dinegara orang. Aku pernah di negara orang, kayanya seperti di thailand. Tapi itu adalah bersama sama dengan keluarga. Kini aku disini bagai backpacker gitu. Hanya berdua sama temanku..hihi .Tidak sabar untuk ku terokai Makassar dalam masa 6 hari.Jom !
 Jangan annoying dengan loghat indon ni ya . perenggan ni aku taip masa kat indon hari tu so korang kena paham paham je lah ye.

aku tak tahu nak cerita dari mana since aku dah balik berapa bulan lamanya , then baru nak buat entry kan . tapi aku cerita part-part yang aku ingat jelah eh, dengan ringkasnya .. insyallah

hari pertama di Makassar ni kitorang tak jalan ke mana mana. Sebabnya kitorang sampai di airport Indon pukul 4.30 petang then uruskan segala mak nenek dalam airport( imigresen, isi borang) ,selepas satu jam baru boleh keluar daripada bangunan tu. Lepas tu plak nak cari kawan si Hanan ni punya la susah , sebab kitorang tak ada internet di Indon, nak call pun tak boleh sebab simcard malaysia,. last-last dapat idea pinjam telefon orang yang dekat-dekat situ, nasib la pakcik teksi ni baik, dia kasi fon dia untuk call kawan Hanan, tapi yang sedihnya nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Dengan kekuasaan Allah, akhirnya bertemu kembali jua dengan  kawan lama si Hanan ni. tapi time tu dah almost magrib which was almost 6.30p.m. awal gila malam kat sana! sehari tu rasa sangat pendek unless bangun awal. 

so malam ni kitorang cuma makan di restoran halal. aku cuba Galang Bali since dorang cakap sedap. kuah dia macam kueyteaw kungfu tapi kueyteaw kungfu sedap lagi.huhu
lepas tu balik rumah, unpack, keluar beli simcard n subscribe internet. dah!
internet already on hand , jom tido!
this bowl is really big, believe me !
Second day: We went  to Transtudio Makassar, the largest indoor studio in Indonesia.



adududu suka tiru action model , nasib baik tak ada orang time pagi buta ni

Day 2 : Transtudio terbesar di Indonesia


Jadi hari ke dua kitorang rancang nak jalan jalan ke transtudio. Aku tak pasti transtudio ni kat mana(yang pasti di kota Makassar) Sebab kawan hanan yang bawak kitorang p sana.. N teksi semua dah book so jalan ja lah! Kitorang gerak dari rumah sewa ni pukul 10.30.. Teksi hampir 100ribu rupiah dari tempat yang kami menginap tu. 100ribu rupiah kira kira Rm30. Keren bangat teksinya. Sangat selesa! Tapi kalau nak lagi murah, naik la pete pete (PT-public transport) lagi murah! Transtudio ni kembar dengan mall yang high standard.. Dalam tu memang mahal2 kalau nak shopping, budak budak kaya ja boleh shopping kat situ. Nama mall ni tak sure apa.. Tapi ada tulis metro & fireflies besar besar sebelum masuk .
Kitorang tunggu kawan yg lain dulu sebelum nak masuk banggunan tu, lepas dorang sampai,terus pecut masuk transtudio..tapi yang lain nak makan dulu,.Aku n hanan terus beli tiket, tak pikir nak makan.. Pikir nak ambil gambar banyak2 ja..hehe
Dekat tempat beli tiket ni pun dah ala ala disney land.. Comel!!
Transtudio ni, semua game dia adalah indoor.. Tapi game tak ada banyak sangat, kalau korang suka ambil gambar, this is a good good place!
Harga tiket :100 ribu rp(rm30) + card 10ribu rp(lifetime) boleh kongsi kad ni, tapi  kena ada untuk masuk.
 Masa kitorang masuk tu dalam pukul 11, tak ada orang sangat pun.. Kitorang rasa macam kitorang berdua sahaja dalam studio tu.. Lepas ja kaunter masuk tu, mesti ambil gambar dulu sebab lampu lampu kat situ memang tak boleh nak tolak.. Rugi kalau tak ambil gambar, macam dok kat negara omputih tauu..Mmg banyak gila tempat yang korang boleh ambil gambar..
Ok, pergi buat air, milo ke air masak sahaja ka .. Selamat menghayati gambar-gambar yang ada..
Aku tak letak high expectation pun dekat studio ni, sebab banyak kali dah aku dok google, tapi takda orang cerita sangat pasal Transtudio ni.. Tapi bila dah masuk,main semua, transtudio ni memang melebihi expectation aku.. Ok laa.. Rm30 sahaja tapi macam2 korang dapat rasa,main, dan tengok..


kaunter tiket



entrance

Ghost depatment

Fairy Department




still in Fairy Department



Zoo Department
Science Center Department
ferris wheel at the back

Dekat belakang tu ada 4D cinema. At the moment, dorang tayangkan movie avenger.

show dance dalam pukul 3 petang
(p/s perasan tak kitorang berdua je orang luar dalam dance ni sebab kitorang ada berkawan spontan dengan pekerja dalam transtudio ni and dia volunteer nak ambik gambar kitorang, terima kasih !)
Mirror maze department

just along the street,
jangan pelik dekat pinggang tu ada cam kembung terjojol,bukan isi lebih,
tapi sebab pinggang seluar aku tu terlalu besar, so aku pin kan. tak tahu la kot pinggang aku makin mengecil ;p
who has the same problem ?


Jujurnya, berbaloi sangat RM30 sahaja untuk banyak lagi permainan-permainan dan siapa jenis adrenaline junkies macam aku ni, memang bersemangat nak teroka apa ada dalam studio terbesar di Makassar ni memang tak putus. Kalau pergi, wajib singgah tau! ^___^



Terima kasih sudi baca <3

15 comments

  1. Comel je gamba2 anis. Hee. Kadang2 sy pun ada jgk rasa mls nak tulis entry. Haha. If anis free, jom join giveaway contest sy :)
    http://wadaluna.blogspot.com/2015/08/luna-conteng-totebag-giveaway-contest.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Will be one on my bucket list. Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  3. Hi dear! Lama tak singgah sini. Arisha yg stay di Indonesia pun tak pernah sampai lagi di Makassar. Seronok main2 dalam theme park. :)

    ReplyDelete
  4. comelnya transtudio tuuuuuuuuu!!!!

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat gambar sis. Jauh perjalanan luas pengalaman. Dapat tengoj warna warni negara luar gituwwww :)

    Salam perkenalan
    Nabihah

    ReplyDelete
  6. Salam, haha wahhhhh bestnyeeeeee studio Makassar ni....xalert pun tntg kewujudannya...haha..btw, bestlah entry ni, lengkap semuanya dpd nak pegi tu, passport semua..huhu nasib aku nga byk masa nak bace nih..hihi..thanx for sharing, leh jd guideline before pegi.. :D

    ReplyDelete
  7. Bestnye. Teringin nak pergi indonesia.

    ReplyDelete
  8. Info terbaik...best juga nmpk makasar

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. wasalam . next part

      https://blurrr4evablurr.blogspot.in/2016/07/photodiary-to-makassar-indonesia-part-2.html

      Delete
  10. Salam hai sister dan brother, kami dari melancong murah baloi ada menguruskan trip makassar ground full package murah dan baloi pastinya, silakan hubungi kami

    017-536 7426 insyirah
    Fb : melancong murah baloi
    Ig : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  11. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete
  12. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Makassar.
    Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Makassar hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.