x Bangalore Day 1 | Anys NADHILAH

Bangalore Day 1

November 27, 2015

Banyak sangat benda nak cerita pasal tempat belajar baru yakni Bangalore . Ingat lagi dulu kemain bercita cita nak ambil gambar setiap jejak di negara orang. Nak record macam mana perasaan betapa bahagianya dapat belajar di luar negara . Tapi akhirnya impian tinggal impian. Apa yang aku impikan semuanya tak menjadi , kalau tidak kerana lupa barangkali kerana merasakan ianya tidak penting. Lepas kejadian, baru lah rasa pentingnya ambil gambar supaya aku boleh tengok balik detik detik berjaya mengambil satu langkah paling besar dalam hidup . supaya gambar gambar tu semua boleh ku abadikan ketat ketat . atau supaya boleh tayang dekat kawan kawan bila balik Mesia nanti. ;')

Mari lah kita mula kan cerita sedih aku di saat peninggalan airport, harta, baju, make up dan yang paling penting adalah keluarga dan kawan -kawan . Sumpah berat hati aku nak mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga . Menangis? Rugi lah kalau tak menangis. Aku rela menangis depan keluarga daripada aku menangis homesick sensorang dalam bilik dan tak ada orang nak teman menangis sekali. hmm aku memang suka menangis ni. kalau nak menangis, ajak aku .
Wajah adik ku yang sangat mengantuk dan terpaksa melayan karenah gila ku sebelum terbang merentasi lautan Indi. Bayangkan flight pukul 9.30 pagi, dan pelajar dikehendaki berkumpul 3 jam awal sebelum waktu perlepasan . Lebih kurang pukul 6.30 pagi macam tu kami sekeluarga sudah sampai di airport. Pertama sekali adalah selesaikan masalah utama , beg. Al maklumlah berat yang dibenarkan tanpa dikenakan sebarang bayaran adalah sebanyak 30 kg. Lepas timbang berat beg, terus pergi wrapkan beg tu macam sarang labah-labah supaya bila beg tu kena baling atau hentak hentak nanti, tak ada la rosak atau pecah. Sayang pula nanti jika tertumpah kuah rojak atau budu.  Wrapping di KLIA dikenakan bayaran sebanyak RM10.60 termasuk GST.  , 


Instant family potrait . Big hug to all of them. 
Actually mak dan pak sedara ku dari Kedah sudah datang KL 3 hari sebelum penerbangan. Disebabkan ticket flight postponed, mereka pulang dahulu kerana ada kerja perlu diselesaikan. Sorry Paksu Maksu.

Nampak tak overwhelmingnya aku nak meninggalkan family dan kawan aku, sampai kan dah kat bawah bahagian perlepasan pun still nak ambil gambar mereka. . Hmm. Sedih lah nak menaip ;'(

*skip

 Apa - apa pun life must go on, aite ? It just gonna be 3 years Anys. Stay strong. You are not leaving them forever.

 Arrived at Bangalore ! Too excited !




 Cantiknye anting anting kak. Muka pakcik yang belakang tuu ;'''D


Life at India begins.

 Basically , hari hari aku akan naik auto . Jadi aku rasa makin hari aku dah makin kenal pemandu-pemandu auto kat sini seperti kawan baik sendiri walaupun pada mulanya aku perhatikan semua pemandu seperti sejenis sahaja. Best naik auto ni selain dapat hirup udara segar, debu dan sebagainya. Namun begitu , pada saat minggu pertama naik auto di Bangalore, aku mengalami kejutan budaya horn di sini dan merasakan seperti nyawa ku hanyalah di hujung tali. Nak terangkan memang tak dapat, rasa lah sendiri.



 Benda pertama yang aku buat bila masuk apartment adalah susun makanan makanan dari Malaysia ;')

Salam 1 India dari kami ;)

8 comments

  1. seronoknya belajar kat luar negara :) medik ye?

    ReplyDelete
  2. Memang tak ada chatbox ke huhuhu saya follow akak :)

    ReplyDelete
  3. selamat berjaya! moga dipermudahkan segalanya...
    ^_^

    ReplyDelete
  4. soo cutee. all the best sissyyy. love yahh take caree!!!!!

    ReplyDelete
  5. You must be miss Malaysia so much right? Its okay, it is for your future! Wish you all the best, Anys :)

    ReplyDelete
  6. wah best tu belajar di luar negara :-)

    ReplyDelete
  7. Allahu, best lah dapat belajar di luar negara. Luas pandangan dan pemikiran ^_^. Semoga berjaya dan menjadi doktor yang hebat kelak! Hee ^^,

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.