x [CONTEST] Escape an embarrassing moment with a bright smile ❤️ | Anys NADHILAH

[CONTEST] Escape an embarrassing moment with a bright smile ❤️

March 17, 2015

Salam..
I am even hesitated to join this contest, because I know that I am no expert in writing. But this post could possibly make my dream come true :) Thank you to Nuffnang Malaysia and Invisalign for holding this contest,may the odds be in my favor.

Masa baca tajuk blogpost Nuffnang, "Make your dream smile become reality", aku betul betul teruja, sebab aku dah lama simpan niat nak betulkan gigi aku tapi belum tiba masanya. Fulus mau manyak dulu ma..

Perancanganku dulu semestinya nak pakai braces,tak pernah terlintas pun tentang Invisalign ni, malah tak tahu pun Invasalign itu apa.. Aku dah pernah consult dengan doktor gigi tapi tak tahu kenapa mahal sangat harga yang doktor tu tawarkan. Tapi aku tahu, bukan murah nak pakai braces,lagi lagi di klinik swasta..memang tak rr, memang tak rr.. tapi hati ni, nak jugak! Kalau dah sampai teringin sangat nak pakai braces ni, agak agak teruk tak struktur gigi aku? 

Don't get me wrong.
Sejujur-jujurnya, bagi pendapat aku sendiri, gigi aku tak ada lah seteruk mana.. Tapi aku akan fikir dua-tiga kali jugak untuk aku ukirkan senyuman tampakkan dua ketul gigi arnab tu,. 

Sebenarnya, daripada aku kecil lagi,aku diejek mempunyai gigi arnab/ gigi kapak.. Tapi sebenarnya aku tak kisah sangat, sebab kadang kadang aku nampak perempuan gigi rabbit ni comel! Contohnya, irine nadia! 

Tapi apa yang menjanggalkan keadaan gigi aku adalah GAP. Gigi yang terlalu kecil di sebelah dua batang gigi yang terlalu besar. Jadi ada ruang yang ketara pada gigi depan aku. Aku pernah terpikir, ada ke tak eh ubat untuk besarkan gigi yang kecil.tapi aku tak pernah dengar pulak. Gigi bawah aku pun tak tersusun dengan rata. Jadi harap sangat boleh pakai invisalign atau braces one day..

Cukup dengan serba sedikit pengenalan  gigi ku.  jangan bayang lebih lebih! . Nah gambar! 



"Just smile babe! We might not having a perfect smile but that's okay. Be confident with yourself! Your smile shall shine bright like a diamond!"

Kalau tunjuk gambar dari awal awal kan senang, tak payah susah susah nak bayang :')

Ceritanya agak simple tapi bila aku cerita dekat kawan aku, terbahak bahak jugak mereka ketawa,. Tapi tak tahu lah bila dicerita dalam bentuk penulisan boleh buat orang sekurang-kurangnya senyum atau tak.

Ceritaku...

Aku mempunyai seorang boyfriend. Kiranya 'special boyfriend' lah , kalau boyfriend je banyak sangat nanti. Hubungan kami sudah hampir 5 tahun. 
Macam macam kami lalui, tapi tak ada la se epik 'dugaan ombak rindu' gitu. Dugaan yang biasa biasa buat couple muda.. Sikit sikit merajuk, sikit sikit nak putus, perempuan kan... Suka ja ugut nak putus bagai. Tapi jodoh kami kuat sikit so kami berjaya survive sehingga hari ini.. Masa seakan-akan begitu cepat berlalu sebab cinta kami adalah cinta jarak jauh. Jumpa tu memang jarang jarang sekali.

Ada la pada suatu hujung minggu ni, si dia(Mr. Bean) buat keputusan untuk datang berjumpa denganku di Ipoh , atas sebab kitorang bergaduh teruk pada minggu itu. Aku sudah ambil keputusan tak mahu keluar dengan dia. Tapi bila dia dah sampai depan rumah, aku jadi tak sampai hati nak biarkan Mr. Bean balik macam tu ja , sebab bukan dekat tau Mr. Bean datang. Dan bukanlah sejauh lautan Afrika , perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam, dari kedah ke Ipoh sudah cukup untuk buat sendi sendi lenguh...

*********************
Jam 1630, Mr. Bean dah sampai depan rumah, tapi aku tak siap berdandan lagi. Typical perempuan. Takpe lelaki tunggu perempuan sekejap, barulah nampak gentlemen sikit.. Statement berani mati :p 

Aku rancang nak bermasam muka je.. Nak merajuk lagi. Sebab yela .. Perempuan mana yang tak suka dipujuk habis habiskan?? Haha *gelak jahat.
Tapi nasib lah ada lagi side baik dan tak mementingkan diri sendiri tu, jadi aku keluar dengan penuh keriangan. Senyum senyum, gelak gelak, walaupun kena control senyuman ni, sebab susunan gigi tak cantik.. Jujur aku katakan, aku kena kawal sewaktu aku nak senyum.. Sebab ada la sikit rasa insecure dengan gigi sendiri bila berdepan orang yang kita suka..

Lepas tu kitorang gerak pergi cari kedai makan.. Last-last, mall jugak yang menjadi destinasi dating. Masa on the way nak ke mall tu , aku lah jadi tukang tunjuk arah, sebab well, Ipoh is my territory so aku boleh tunjuk kat dia mana arus untuk dituju tanpa mengunakan GPS. (dengan bangganya hahaha)

Mr P tanya, are you sure? 

200% sure! :) 

*****************
"Ok awak, belok kiri, belok kanan, eh emm bukan jalan ni, jalan dekat depan lagi"

Tiba tiba aku rasa tak familiar dengan jalan yang kitorang lalu..Aku pun cakap..

"Emmmm ..... Tak sure laa jalan ni,... Sebab macam pelik ja.." 

Aku tambah

"Tapi rasa dah betul dah ni. Selalu ikut jalan ni! Tapi hari ni jalan ni macam berubah" ..sambil senyum lebar dekat Mr. Bean.. 

Ooooooo.. Jalan berubahhhhhh....
Mr.Bean dah tahu aku lupa jalan. Jadi aku pun senyum senyum sipu malu suruh Mr. Bean patah balik.
Mr.Bean undur kereta sambil bahan aku . ( oh malu nyeee) tapi aku senyum je sambil buat cool, 

'alaaa.. Relax la., jalan boleh dicari..' Hehee

Sampai satu lorong, aku suruh Mr. Bean belok,. 

"Ha jalan ni! Saya baru ingat..."

tengok tengok jalan mati ! (Alamak!!) 
God only know my feeling.
Lepas tu, kena la bahan lagi sepanjang jalan dalam kereta.......

Ni antara kejadian yang aku malu sangat dengan Mr. Bean ! Tapi Mr. Bean tahu yang aku ni jenis tak nak mengalah, jadi bahan je aku dalam kereta tu.. Kena la perli perli sikit,  tapi still perli in humorous way. (Dia datang pun sebab nak pujuk kan, mana boleh hentam teruk, kang merajuk lagi)

Benda ni lah yang membuat aku terus tersenyum dan ketawa dalam kereta tu, dah sah sah aku yang silap , kena akur je la

Plan nak buat buat merajuk gagal
Nak tunjuk mahir dengan jalan di Ipoh pun gagal! 

Nevertheless, I managed to escape it with bright smile.

Writing this story didn't do a justice because I have no expert in story telling especially  by writing, but I do enjoy sharing this story with my friends coz it literally make us laugh out loud.
Hopefully, this story would tickled the judges' heart a little bit ❤️ and may my dream smile comes true ;)

14 comments

  1. Moga menang ya. Gigi saya pun ada gap juga. Teringin juga nak pakai braces atau invasalign ni. Tapi, belum mampu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Hopefully , memang harap sangat menang invasalign contest ni ! sama la macam Anis, tak mampu lagi.. jangan lupa join sekali contest ni ! mana tahu ada rezeki menang :D

      Delete
  2. Gud Luck ye....

    #Nukilan Terkini di Owh!MananQayyim : Rindu Ombak

    ReplyDelete
  3. good luck anys.......moga terpilih as a winner okay.....hahahhahaa,,,kelakor bab fail merajuk dengn part fail tunjuk arah....lol :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Aiman.. Hopefully!
      Hihihi. Malu pulak tapi true story.dua dua fail Ngeee ^_^

      Delete
  4. Heee~comel laa gambar tunjuk arah tu. Siyes comel. Nak buat braces kat indonesia murah. Adik ana yg ckp. Sbb dia buat braces kat sane. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Maceh Ana.. Tunjuk arah semua tu lakonan semula. Tapi tu la kenyataan dia.. Bestnya murah! Tpi satu kos plak Anis nak kena g indon ^_*

      Delete
    2. Ye tak ye gak kan. Huhu. Lelagi musim gst ni. Peh..peh.. :D

      Delete
  5. Replies
    1. Thank you Mira Cikcit! Harap2 lagi comel dengan invisalign hehe

      Delete

Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.