x Volunteer work at Kuala Kerai | Anys NADHILAH

Volunteer work at Kuala Kerai

January 27, 2015


Assalam semua.. Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku jadi sukarelawan untuk pembersihan selepas banjir. 

Tak ada apa apa pun yang best, cuma dapat la rasa perasaan seronok dan puas hati tolong bersihkan sekolah. Insyallah besar pahala walaupun kita buat sikit sahaja kan. Asalkan ikhlas. Insyallah

Sebenarnya program sukarela ni adalah dibawah Iam4u bagi kolej aku la.. Mula mula aku ingatkan kolej aku je yang akan buat kerja pembersihan ni dan mula mula aku ingat bersihkan rumah orang. Rupa rupanya smua sangkaan aku ni salah. !! 

Mula mula sekali, budak budak kolej aku cuma 20 orang sahaja yang pergi dan selebihnya dalam berbelas-belas orang disertai oleh orang luar. Orang luar tu masih lagi orang ipoh. Jadi kitorang bertolak dalam pukul 10.30 dari ipoh ke utc then ke kelantan menaiki bas . 

Dalam bas tu,duduk sekejap je "tup" tertidur. Hihi. Aku ni memang kaki tidur sikit kalau dalam kenderaan bertutup.p/s Aigo tak kan la aku nak tidur atas moto. 

 Aku terjaga pukul 12.30 pagi sebab terlampau sejuk, aku pusing pusing tempat aircond tu supaya tak kena aku. Boleh tahan lagi sebab aku punya kaki seluar macam panjang sikit so aku tarik sampai ke tumit, dengan stokin n kasut sportnya , status kaki aku "safe". Part badan lagi safe sebab aku kongsi selimut dengan Az. Fuhh syukur! Sebab rasa suam suam sikit plus boleh selubung sekali dengan muka.

Tapi tidur aku ni masih lagi dicop tidak lena sepenuhnya  sebab sejuk gila.. Yela kan , jangan nak dibandingkqn tidur atas bas dgn atas katil. 

Tidur tak tidur, sejuk tak sejuk , dalam pukul 5.30 pagi pulak aku terjaga, sebabnya lampu bas menyala, rupa-rupanya semua orang nak turun pergi masjid . Kitorang sampai dekat masjid Kuala Balah awal so baring-baring ayam dulu la dalam masjid tu. Tak boleh nak baring betul betul sebab ada pakcik pakcik yang bermalam kat bahagian perempuan tu. ~__~

 Dah siap subuh semua kitorang sarapan dulu dekat kedai berdekatan. Sarapan disediakan, nasi bersama gulai ayam. Had a heavy breakfast to endure the rest of the day. Konon. 


Ni sebelum sarapan.. Tapi dah kembung sana sini dah eyh.

Dekat dekat dengan kedai makan tu, ada r&r.. Ha ni lah dia R&R Kuala Balah. Ada je kedai yang buka tapi kat depan kedai lain yang tutup ni ada banyak sangat baju bertebaran . Tak pasti la sama ada tu adalah baju sumbangan, atau baju yang diselamatkan time banjir ke. Sebab nampak macam tengah jemur pun ada. 
Tapi baju baju ni kebanyakkannya nampak dalam keadaan yang masih baik. Baju kurung Cantik cantik pula tu.



Sempat je selpie selpie kat sana. Lebih kurang macam bergambar lebih banyak daripd buat kerja pun ada. Tapi time buat kerja memang buat sungguh sungguh. Tak nampak benda lain dah :p

Nampak cantik je sungai?pantai?paya? Ni kan. Dengan gunung ganang kat belakang tu. What a magnificent view :)

Ringkas cerita, we all bertolak dari pkul 11 malam, sampai Nabong dalam pukul 9.30 macam tu selepas sarapan semua. Lepas tu jalan kaki dari kaki jalan masuk ke dalam kawasan kampung  sebab jalan dekat kawasan kampung tu becak n berlumpur.. 

Tapi hari pertama, udara kat situ memang berdebu sangat. Kena tutup hidung kalau taknak batuk2 n get asthma. 

Hari pertama kitorang bersihkan sekolah, bahagian asrama. Disaster sangat aku tengok. Bukan setakat tingkap je yang pecah, ada yg bumbung hilang,. Then dekat frame2 gambar ataupun habis lekat dengan ketul ketul lumpur merah. Kitorang cuci seboleh yang mungkin. Pintu rosak, kipas bengkok, banyak harta benda yang musnah. 

Nak buat macam mana mana, benda nak jadi. Macam kita sendiri tahu, dunia ni sementara..

Kerja pembersihan ni berakhir jam 1/2 (tak silap) . Lepas tu balik ke guess room dekat Jeli. 


Second dah, awal pagi kitorang agihkan sumbangan kepada budak budak sekolah rendah. Comel comel je adik adik kat situ. Ada yang berpakaian seragam ada yang tak. 






Lepas tu kitorang  bersihkan tiga buah rumah di Nabong. 40 org tu kitorang bahagikan kepada 3 kumpulan dengan senjata masing masing. Rumah pun sangat teruk. Habis berlumpur setebal 4cm dalam rumah papan tingkat 2. Tingkat pertama aku tak tahu la nak bajet berapa centimeter.
Hari kedua ni penat sikit sebab lumpur tebal, dan struktur rumah papan camput batu.


Dah siap bersih rumah,makan2 lepas tu balik guesshouse utk mandi n balik ke Ipoh ..
Sampai ipoh pukul 10 macam tu. 

Kereta rosak pula masa on the way balik, nasib baik ada orang yang berhenti tolong. Kebetulan tu adalah senior,so tak de la rasa takut sangat. 


Overall,aku rasa puas hati sebab akhirnya aku volunteer jugak diri aku nak ke sana walaupun beberapa kali aku pikir. 

Pengajaran,kalau nak tolong,jangan pikir. Tolong je, tak rugi pun :) bila pikir balik, nanti kalau banjir ni kena atas kepala sendiri, baru sedar kepentingan pertolongan orang lain..
Sama sama lah kita perbaiki diri sendiri. Insyallah. Amin

9 comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah :) harap harap segala urusan dipermudahkan

      Delete
  2. Salam... walaupun saya bukan mangsa banjir tapi saya mengucapkan jutaan terima kasih atas susah payah tuan blog dan kengkawan membantu mangsa banjir tu... dimulut boleh cakap sekali dua kali terima kasih... di hati tak henti henti... bersyukur dan terima kasih... Allah lah yg membalas nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam . ya allah, Najib . Anis tak mintak terima kasih sesape pun la .
      Semua yang Anis buat tu adalah kehendak anis sendiri .
      I'm happy to do it . I'm happy to see other's happiness

      Delete
    2. tak mengapa... terima kasih bebanyak...

      Delete
  3. alhamdulillah. kalau ada program macam nie, BV pun nak jadi volunterer jugak la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kalau ada program macam ni kena sebarkan ,mesti ramai punya nak join

      Delete
  4. alhamdulillah,dapat juga jadi volunteer..IbuNoey pun bila nampak volunteer yang pergi bantu mangsa-mangsa banjir ni,teringin nak involve.tapi keadaan tak mengizinkan.

    kesian bila tengok keadaan tempat kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana kan ibunoey. Belas kesian kita pun dah cukup sebenarnya.. Drpd bnda2 yg tak elok lain

      Delete

Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.