x Why I want a MacBook | Anys NADHILAH

Why I want a MacBook

April 26, 2015


Assalamualaikum.
Mula-mula gilakan Iphone, dah dapat Iphone, sekarang ni ada hati nak memiliki Mac Book pula. haih dunia dunia.

Oleh sebab laptop yang ku miliki sekarang ini mula kecoh, aku mula pasang niat nak beli laptop baru. tapi macam masih belum kukuh alasan aku untuk beli laptop baru.. sedangkan laptop lama menangis-nangis memikirkan,mengapa mahu buang ia, sedangkan ianya masih boleh digunakan seperti biasa , cuma................


1. Lembab
Selalu sangat unresponding terjadi. Bukan 'selalu',malah wajib terjadi.
Kalau buka internet,tak boleh buka banyak tab terutamanya blog.. Sedihnya sebagai seorang blogger yang mempunyai azam yang tinggi untuk bergiat aktif dan update selalu .
Bila laptop lembab,kesimpulannya tak bolehlah blogwalking,dah lama aku tak blogwalking disebabkan dibelenggu oleh masalah laptop lembab ni.
Lepas tu,bila buka banyak web, web itu akan stuck dan keluarlah satu pesanan yang sangat annoying iaitu "plugin unresponsive" wait/kill page
Lembab je takpe. ni tambah dengan stuck pula ,memang berangin la!

kadang-kadang tak boleh klik apa pon . kena tunggu dengan penuh kesabaran. Lepas tu baru boleh tekan seperti biasa.

Bukan masalah dengan internet sahaja, bahkan nak buka benda-benda dalam laptop tu pun boleh stuck. poyo punya laptop. but sometimes its working damn well and fast..  hmm ni buat saya lagi sayang awak

2. Battery life 8 minit
Kalau pegang laptop,taksah kalau tak temankan dengan charger.
Dah la laptop berat,+charger berat
kalau black out, mesti satu kerja pun tak boleh buat ;(
tapi ni boleh solve kan, beli je la battery baru

3.Cursor lari
Ada jugak macam ni, kadang-kadang terlebih laju dan sensitif.
Tekan apa pon tak kena. Memang minta penampooo !!
(ni problem solved for now) 



Mari dengar apa yang aku nak buat dengan MacBook pula

Angan-angan melangit. Sebagai seorang insan yang suka berangan,ini adalah perkara biasa.
Tetapi sebolehnya,mahu aku jadikan angan-angan itu sebagai impian, seterusnya kenyataan.

Kalau aku dapat memiliki sebuah MacBook sekarang ni, aku memang nak blogwalking sepuas-puasnya.Aku akan buka balik segmen yang pernah aku anjurkan suatu ketika dulu dan aku akan balas kesemua kunjungan(tidak dapat aku tunaikan sekarang ini dek laptop yang tak memberi keizinan). Aku akan leave a message,either dekat shoutbox atau comment dekat entry, dan follow mereka semua.
Done build up a network


Lepas tu aku nak tukar design blog, semua lebih simple tapi effective.
Kerja memdesign pun jadi lebih mudah dan cepat bila laptop laju ;)


Lepas tu aku nak jadi pengomen tegar blog-blog yang selalu singgah di blog aku ;) yang tak selalu singgah pon nak jadi pengomen tegar jugak . hehe
done build a relationship

Lepas tu nak isi blog ni dengan usefull information. Any information lah that others would seek for.
of cos update entry kena selalu. ngeheee

and last but not least, i think you guys know that I was into youtube.. editing would be so much easier and mpre interesting using Macbook imovie. Edit the video in my iphone is so much handy and convenient but I am having shortage of memory. 16gb ja la kata kan .. hmmm, (I'm quite regret about it.)  but it's okay , there's always a solution(s) for a problem...

that's it. Berbaloikah Rm4k-7k untul benda-benda ni sahaja?
emmmmmmmmmmmmm. kena kumpul duit nuffnang lah jawabnya. hee
tapiiiii , duit Nuffnang yang baru baru ni dapat dah habis.. heheeeee

anyone pengguna Macbook kat sini ? pro or air ? is it working well ? anything that bother u about macbook ?

anyway, i don't think i would buy brand new after keep scrolling mudah.my  hell everyday :) why spend a lot more money if you can get the same function but cheaper option..

4 comments

  1. Saya pun teringin juga nak beli MacBook ni. Dah jenguk-jenguk dekat Apple Store dah. Tapi, tangguh dululah hasrat tu sebab sekarang ni laptop saya masih okay sangat-sangat lagi. Lagipun, sekarang ni nak simpan duit untuk travel :)

    ReplyDelete
  2. Semoga tercapai hajat cik anys.. Aaminn.. Laptop kita pon dah nak hampir terbakar. Nasib baik kuota broadband tinggi, so nak surf internet tu laju lah.. Itu je dah cukup.. Tak mampu lagi nak beli Lappu baru.. huhu
    Salam singgah dari DiariDandelion. ^_^

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.