x January 2014 | Anys NADHILAH

Temuduga Degree Medic ke Ireland ~

January 31, 2014


Ireland in Winter

Dublin , Ireland


Ireland in Summer





Ireland in Autumn
Assalamualaikum

Tukar selera background blog ;') bosan sangat dah dengan design berapa kurun ni. I want something new !!!



**********************************

Maap tetiba nak lepas geram.sakit mata asek pink je blog aku ni berapa tahun dah :p
Tadi aku saja suka-suka buka halaman Tips & Tricks blog sendiri .Terasa ingin mengupdate info-info untuk keselesaan dan keseronokan pembaca.Tiba ternampak my education punya section. dan terdetik, terasa,teringin nak baca balik babak-babak kejayaan yang lepas. hehe. dan lepas aku buka satu-satu entri,dalam hati aku "Ya Allah,aku dah lupa dah kot apa yang aku ditawarkan,apa yang aku ingin menawarkan diri"

.Makanya entri ni adalah entri untuk aku mengimbas kembali zaman kegemilangan dahulu.supaya aku tak lupa and boleh baca balik.. hihi .

untuk bacaan sendiri je di masa akan datang. buka untuk menbanggakan diri mahupun meng-upkan diri.jauh sekali.


Kalau korang ikut kisah belajar aku dulu,part last yang aku stop adalah United Kingdom or Ireland.(harapan bapak menggunung setinggi Gunung Everest)

Aku ditemu duga di Pulau Pinang,balik pulau di bangunan Mara..Bangunan Mara tu tinggi jugak dan temuduga aku di tingkat 3 atau 5 tak ingat dah. Temuduga duga sesi petang bermula pada pukul 3 so aku dan family bergerak pada awal pagi dari rumah di Kedah.

abaikan habuk-habuk,baru selongkar dalam almari,hekeke
persediaanku lengkap dari kepala sampai kaki.
pemakaian ku pada hari itu semuanya lama..kecuali sepasang kasut lacey bertumit 2cm.
merah  pedih belakang kakiku dek memakai kasut baru .(sakit baq hang). namun tahan sahaja.
 

Sebelum aku menghadirkan diri di tempat temuduga,pastilah menjadi adat bakal interviewee untuk melakukan sedikit kaji selidik.
Bertuahnya aku kerana Aku mendapat soalan bocor dari seorang kawan sekolah lama ku .
Namun aku diingatkan ,agar tidak bergantung kepada soalan tersebut kerana katanya, soalan itu tidak akan berulang .
Sama sekali TIDAK!

 jadi...

HARUSLAH AKU ABAIKAN ! :')

Semasa temuduga, satu situasi diberi di dalam kertas soalan dan perlu dibincangkan  di dalam temuduga tersebut. Oleh sebab temuduga MARA  ini adalah  temuduga berkumpulan.,maka, seseorang atau dua tiga orang harus dominate perbincangan tersebut untuk berjaya.         in English.

Satu kumpulan 8 orang.

Hanya 4 orang akan layak ke Ireland.

Lub dup lub dup, aku punya heartbeat dah tachycardia..

Dan perbincangan pon bermula.

Aku tidak sabar lagi untuk membaca apakah situasi yang diberi.
Luruh jantungku kebawah , rupanya soalan itu sebijik dengan soalan yang dibocorkan oleh kawan lamaku itu ..

******************

Dengan kadar segera,seorang pelajar mengangkat tangan dan memilih jawatan perdana menteri diikuti seorang lagi memilih sebagai ketua bank negara. sseorang demi seorang.dan kenyataannya aku menjadi orang yang kedua terakhir untuk memilih jawatan/watak.

aku tiada idea.

aku gelabah.

hanya dua jawatan sahaja lagi .

kelihatan seorang ahli lagi pon sedang keliru dan gelabah
dan aku mengambil keputusan untuk memegang watak sebagai rozita che wan.

dan aku harus memberi sebab musabab mengapa aku ingin perlu mengekalkan rozita che wan di dalam hot air ballon tersebut.

Aku sedar di dalam perbincangan itu aku kalah , tumpas dimamah bumi.
Aku melutut kesedihan,sedih dengan perbicaraanku dalam English .
Aku pasrah dengan sikapku yang tidak mengambil berat dengan sesuatu perkara .

Namun begitu,

Aku menaruh seribu harapan untuk ke luar negara iaitu Ireland

aku berasa lebih tenang kerana ayah aku mempunyai kenalan dengan pihak pengurusan.

aku leka namun yakin aku boleh ke sana :D



I.R.E.L.A.N.D .. muah~
gambar besar gedabak macam orangnya ^^,

Entry FlashBack : Cosmoderm Shining up My Day!

January 28, 2014

Assalamualaikum .
Asal log in nuffnang je mesti terdetik nak buat entry pasal Cosmoderm , ini kerana cosmoderm adalah keyword yang agak tinggi menyumbang trafik ke blog ini ..


Makanyaa , disini Anis nak cerita balik macam mana Anis boleh terjebak dalam dunia Cosmo cosmo cosmoderm .^_^

*maaf penggunaan aku*

Nak dijadikan cerita, Mula-mula waktu aku jadi jurucakap Cosmoderm masih lagi muda. Rasanya adalah antara yang termuda . sebab masa tu baru habis SPM . Result pon belom dapat . Tup tup dipilih menjadi jurucakap Cosmoderm .


Dengan eksaitednya ,
Aku menjadi jurucakap Cosmoderm selama sebulan (seperti didalam kontrak)
Dan rewardnya atau gajinya , aku mendapat RM300 cash dan RM350 produk Cosmoderm.
Rezeki Allah tu maha besar kan ?

FYI, Aku, lepas SPM goyang kaki jee duduk rumah ngasuh adik , ayah tak bagi kerja part time n aku malas mintak :p

COSMODERM PRODUCTS WORTH RM350 inside ~ ~


Tak ingat dah macam mana boleh kenal Cosmoderm , tapi kalau tak silap , semuanya bermula dari blog. Aku ada terbaca entry seorang blogger and she said boleh ask for sample kalau nak , .

Zaman remeja tu , biasalahkan macam -macam berminat . Semua nak cuba .
So dengan kadar segera , aku terus roger-roger dengan pihak Cosmoderm dan aku mendapat satu set produk Cosmoderm for Oily Skin .



Disebabkan kulit aku ni nak jadi salah satu testimoni cosmoderm, so jerawat memang suka sangat bertapak waktu tu terutama sekali di bahagian dahi .
Aku mengambil langkah gentir untuk mencuba produk Cosmoderm ni , betul ke produk Malaysia ni bagus ?

Hari-hari pakai tak miss okay , and the result ......    puas hati . 
Kalau kulit muka anda jenis kering , sure lembab tiap-tiap pasni.
Kalau kulit muka berjerawat , insyallah beransur-ansur akan hilang .

model sementara Cosmoderm. Aku lantik diri sendiri. :P



Dalam beberapa hari lepas tu,
Tak tahu la macam mana , kenapa , bila , ... tetiba aku dapat email dari Cosmoderm,.
Pihak mereka melamar diri aku yang mentah lagi tak tahu pape. (merendah diri kejap,even dah memang rendah)
Dalam email tu siap diattach contract lagi .. perlu sains, pastu scan,pastu hantar kepada mereka semula.


Alah !!

 Mcam mana ni , tak reti nak scan . Noob kan ? ngeee
Selepas aku menceritakan masalah aku yang tak reti scan tu , aku mintak .. untuk hantar borang yang aku dah sains tu melalui gambar sahaja ,dan pihak Cosmoderm setuju . yeay

Lepas sains contract je , terus aku gigih hari-hari update .
Takde la hari-hari tapi sekerap and seperam yang mungkin sebab nak pasti setiap entri ada trafik.
Cuma nak Orang baca and orang tahu pasal produk Cosmoderm nih ! Lagipun masa tu produk ni masih baby ..

Contract ni mudah je taw , seminggu at least kena buat dua entri pasal produk Cosmoderm.
 Tapi tak tahu la syaitan ke iblis hasut aku sampai nak update blog malas gila .
Somehow,aku berjaya paksa diri aku untuk TAIP AND PUBLISH ENTRY !!!!!




Banyak gila aku dapat dalam kotak RM350 worth tu taw . sampaikan aku guna , aku buat giveaway,aku bagi mak aku pakai, tak habis-habis lagiiii tawww ..Sapa nak angkat tangan pleasseeeee ...huhu ..

Sampaikan mak i oll sekarang ni asek cakap , pakai pencuci muka cosmoderm ni  kulit tak berjerawat .
Berkali-kali dia ulang , maybe nak suruh beli lagi satu untuk dia kot . hihi

Good News for Jerawat Residents , Cosmoderm is the best choice you can ever made .

Well done Cosmoderm . Trusted brand for Sensitive Skin , ! Bab harga tak ada lah mahal , mampu milik :D

Makanya,jika anda mengalami masalah kulit , sama ada sensitif, berminyak, kering mahupun berjerawat ,cubalah Cosmoderm. (gaya cakap dalam TV3)

**Sebelum beli produk ni , u oll boleh tanya dan rujuk pakar mereka di facebook dahulu :D***

Terima kasih sudi baca ^__^"


You may interested with this

Perjalanan ke destinasi hujung minggu !

January 12, 2014

O genki desuka ! ?


Baru sudah menamatkan perjalanan dari kedah ke ipoh . penat sangat . sakit kaki . dunnu why . maybe sebab banyak jalan kot .

weekend ni sepatotnyaa ada english day taw , i can't attend myself to that programme coz I am damn busy ;p

kenduri je ponn haha . perjalanan pada hari jumaat selepas kelas , tu pon balik keluar awal dari histo lab sebab takot terlepas bas punya pasal . sampai2 je terminal amanjaya , terus menghala kuanter Mara Liner . ingat nak amek mara liner je sbb rasanya dorang ada tiket pukul 5 , g cek dekat kuanter , TAK ADA !!! ah , takpe bas Trans ada . g la tanya kat kuanter bas trans, dorang pon takde ! oh tidakkk .

aku nak balik awal so boleh gomoi2 dengan adik tersayang before dia tido . punya cari last2 ada gak bas pukul 5 .. tapi orang tu cakap lambat sikit sebab bas isi minyak dalam 5.15 bas smpai . aku pon okay sahaja lah . tapi harga tiket mahal pada biasa kot . selalu IPOH-ALOR STAR RM23.90 je atau RM24.20 .. tapi kali ni RM27.90

cis . tapi bas memang tip top kot . air cond sejuk, kerusi besar n selesa . tak sakit belakang . puehhhh hati meh .. tapi ada gak kelemahan , LAMBAT ! sebab ini bas singgah butterworth , dan sungai petani . n ada yang minta berhenti kat mana2 pon dia berhenti .

kalau bas yang before this , straight to Alor Star . tapi space kecik , sitting -->  not postured chair , sakit badan mak jemah oiii .. and fanas :( tp murah n cepat sikit kan .kira ok laaa

balik pada cerita tadi , ura-ura sepatutnya bas smpai 5.15 kan ?
kenyataannya pukul 6.15 baru sampai !
haigooooooo , banyak la engkau isi minyak apa berejam !
berkesempatan dengan itu ,bantal la 2 bungkus roti john ! buttermilk, sedappp !! kembung kempis roti tu



Have You ever Heard of Asian Sheffield College ?

January 9, 2014

Assalamualaikum kepada diri sendiri.. sebab aku ni pembaca setia blog sendiri . hehe

Lamanya tak menulis . ah aku bukannya jenis suka menulis , tapi aku teringin nak menulis .
Weweeee .

Yes , I am a person who love to recall back ;-)  tiba tiba je nak yes kan .
ntah la kadang-kadang aku rasa macam aku sebagai pelajar medic ni tak sempat pon nak menulis blog ke bagai . busy la sangat mengalah perdana menteri sedangkan boleh je kadang-kdang tu luangkan masa tengok movie , shopping etc etc . Wei budak medic pon ada life hokayyssss . *ayat marah ;p ah tiba-tiba rasa entry sendiri a little bit physco pulak  . tiap2 kali lama tak update blog, mesti nak salahkan for being a student.

Apa motif post ni aku lom pikir lagi . cuma nak lepaskan kempunan nak menulis . tak habis-habis .

Sebenarnya apa yang membuatkn aku nak taip entry ni tadi sebab nak memperkenalkan RCMP kolej aku ni .bukan nak bangga ke apa . macam ada sedikit fed up sebab kolej ni tak dikenali . HAHAHA . capital LOL.  .

but anyway bangga dengan kolej sendiri tu memang ada la.
Insyallah lama-lama dikenali la tu . next next entry lah aku kasi cerita sikit kat mana aku tinggal and anything else . bajet retis je nak cerita semua bagai . k2 CLEAR-CLEARRR CLEARRR . insyallah , this year 2014 as a new year, aku nak appreciate all little things called love in my life .#hehe . tapi selalunya aku akan hupdate blog bila aku sedih je . tak sempat nak love lovee .., and aku ni tak pandai nak appreciate thing . really ??? Tak pe lah at least aku kena belajar kan .

ni aku selit sikit my college sketch and picture . not bad huh ? tapi satu je kelemahan , since college ni tengah bandar ipoh , so memang kecil sangat kolej ni . lagi kecil dari my foundation college(KMKN) . sebab tu kot dipanggil kolej , nak panggil universiti macam errrr . k pape jela korang nak panggil .

and ni la Asian Sheffield College . why ? ada sejarahnyaa .




Remember anis , appreciate all little things in your life . Insyallah kalau azam kali ni berjaya , maka akan ada la frequent update pas ni . kalau takde meaning , azam tahun baru hanya tinggal azam ;) hehe .

Not to forget other resolution , hopefully not to late to list them

  • Be punctual                         *ni mmg dah kena nganjing dgn housemate , insyallah anis nadhilah akan jadi lebih alert pasni . huhuhu . takotnyaaa . 
  • More brave/confident          *tadi ada ILA taw.ni kira macam discussion among group and lecturer is with at you all 2 hours time. tiba-tiba aku sorang je belom pernah lead that discussion .mula2 aku ingat aku sorang je , rupa2nya ada sorang lagi kawan aku , Azwa . and dorang suruh aku lead ,tapi aku suruh Azwa .tapi akhirnya aku jugak yg lead . how coward I am . kannye apa , English aku macam hare**emmm sikit . waduh . takpe practice makes perfect .
  •  More leadership value         *jeng jeng , tiba-tiba nak mould diri supaya jadi lebih organise and can survive in any situation
  • taknak jadi careless girl lagi kononnya sebelum ni careless tu sikap comel utk sorang perempuan . tp sekarang dah berubah pendapat , careless can no longer exist in a life of doctor to be <3
  • selain tu , nak think less and more tawaduk when meet Him ;')
Insyallah .. Amin

K nak dinner . pai pai


Latest Instagrams

© Anys NADHILAH. Design by FCD.